SELAMAT DATANG KE eRASMI

Pekeliling Perbendaharaan IPP PB 2.4 (Perbelanjaan bagi Perjalanan Atas Tugas Rasmi ke Luar Negara) telah menurunkan kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk meluluskan perjalanan atas urusan rasmi ke luar negara serta membuat agihan peruntukan kepada Jabatan/Agensi dibawah Kementerian masing-masing. Pegawai Pengawal bertanggungjawab mengawal, memantau dan menyusun semula strategi perlaksanaan perjalanan ke luar negara bagi memastikan perbelanjaan yang dibuat mengikut keutamaan strategik berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan.

Carta Alir           Senarai Semak Permohonan

Prosedur Permohonan
Permohonan perjalanan rasmi ke Luar Negara hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal terlebih dahulu dan perlu mengisi Borang Permohonan melalui sistem eRASMI. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Lawatan/Mesyuarat/Rundingan rasmi

  • Anggaran kos bagi lawatan rasmi.
  • Pengesahan tanggungan perbelanjaan.
  • Justifikasi keperluan menghadiri tugas rasmi.
  • Surat jemputan/undangan menghadiri lawatan luar negara.
  • Bagi perjalanan Ke Luar Negara yang dilaksanakan atas urusan Kontrak Perolehan/ tender hendaklah disertakan dengan borang perolehan. Permohonan yang melebihi satu (1) orang bagi sesuatu delegasi lawatan perlulah disertakan dengan:-
    • Justifikasi kehadiran 1 orang (kerja Cadangan Perlaksanaan Aktiviti) bagi membolehkan BPSM menyediakan permohonan kelulusan kewangan ke Kementerian Kewangan meliputi peranan dan tugas setiap anggota delegasi;
    • Sekiranya ditanggung melalui peruntukan Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan lain maka Kementerian/ Jabatan/ Agensi berkenaan bertanggungjawab mendapat kelulusan Kementerian Kewangan/ Pengawal Kewangan Negeri

Kursus/ Seminar/ Bengkel/ Simposium dan lain-lain bentuk latihan

  • Kertas Pembentangan/ Kertas kerja yang diperakui oleh Ketua Disiplin atau Jawatankuasa khas yang dilantik
  • Anggaran kos bagi lawatan rasmi
  • Pengesahan tanggungan perbelanjaan.
  • Justifikasi keperluan untuk menghadiri kursus atau bengkel.
  • Maklumat kursus seperti brosur dan tentatif program

HubungiUrusetia perjalanan Keluar Negara Tugas Rasmi Untuk Penjawatan/ MYKJ

03-2618 8642 Suhardi Perwira Negara Bin Shuib

03-2618 8636 Wan Noor Afizal Binti Wan Muhammad